Nasihat dan Bimbingan Untuk PUTERA PUTERIKU
Oleh: Syeikh Ali Thantawi
Dengan nama Allah, Segala pujian adalah untuk Allah s.w.t. Selawat serta salam kita ucapkan kepada Rasulullah s.a.w.
Enam puluh tahun saya berpidato dan menulis, belum pernah karya saya mendapat perhatian melebihi penulisan ini, terutamanya mengenai "Wahai Puteriku", yang saya tulis pada tiga puluh tahun yang lalu. Ketika itu umurku menjangkau. setengah abad.
Sekarang seperti yang tercatat, sudah empat puluh enam kali karya ini diulang cetak dan entah berapa kali pula yang tidak saya ketahui. Saya mohon kepada Allah agar mengurniakan kesihatan dan husnul khotimah. Juga agar niat saya menulis untuk berdakwah ini, diberikan curahan pahala oleh Allah s.w.t. Saya mengharapkan para pembaca mengucapkan "amin".
Dewasa ini kita diserang dari dua jalan iaitu Jalan Syubhat (perkara yang meragukan) dan Jalan Syahwat.
Penyakit syubhat adalah penyakit yang lebih parah dan lebih besar bahayanya. Penyakit ini menular dengan lambat dan tidak semua orang mampu menerimanya. Pemuda dan remaja yang dibangkitkan dan dibangunkan oleh nafsu syahwatnya menerusi jalan syubhat ini akan terus menyambut dan menerimanya.
Manakala penyakit syahwat adalah penyakit yang cepat menjalar dan meluas. Tingkatan bahayanya adalah terbatas pada menyusahkan. Penyakit ini tidak memusnahkan dan tidak mematikan. Manakala penyakit syubhat boleh membawa kepada kekufuran dan boleh merosakkan malah terus membinasakan penghidapnya.
Dari tulisan pertama tiga puluh tahun yang lalu dan kemudian diulang cetak sehingga sekarang ini, tiada satu huruf pun yang saya ubah, ia tetap dengan keasliannya. Kerana, apa yang ada itu telah tersebar luas, dibaca oleh orang-orang di Barat ataupun di Timur. Selain dalam tulisan asalnya iaitu bahasa Arab, juga diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan Urdu.
Akhimya, saya memohon keampunan dari Allah.
12 Rabiulawwal1406H
Syeikkh Ali Thantawi
Sekapur Sirih
Api syahwat yang membara mampu merubah kejernihan menjadi keruh dan gelap kehitaman. Hanya sedetik hilang pertimbangan seusia hidup menanggung beban. Apakah yang dapat meredam bara-bara nafsu selain ilmu dan kesedaran? ltulah noktah kegelindran……….akibat kealpaan dan kelalaian.
Semoga buku kecill hasil curahan pengalaman murni Sheikh Ali Thantawi ini dapat menambah kedewasaan kita sebagai remaja dalam meredah lautan cabaran di celah liku-liku kehidupan. Apakah yang kita cari selain kemurniaan hidup yang sentiasa menjurus kepada mencari keredhaan Allah SWT.
Wahai rakan-rakan yang dikasihi sekelian, apakah tidak ingin kita menyumbang untuk memadamkan bara-bara kemurkaan Allah dan unsur-unsur keruntuhan masyarakat? Kami mengambil peluang ini dan membuka medan sumbangan kepada anda sekalian agar sama-sama kita dapat memberikan sumbangan terbaik dalam membina
generasi sejahtera dan berwawasan...!
Sekian,
p/s; sebelum teruskan membaca selanjutnya, mari kita sedekah al fatihah terutama rasullullah s.w.t dan keluarganya , sahabatnya, dan tabiinya, dan juga kepada pengarang bimbingan untuk putera puteriku Sheikh Ali Thantawi dan keluarga nya.. dan juga kepada seluruh muslimin dan muslimat al fatihah.....
bacaan selanjutnya sila klik link di bawah;-
Nasihat dan Bimbingan Untuk PUTERA PUTERIKU ; Pendahuluan
Nasihat dan Bimbingan Untuk putera puteriku ; KEPADA PUTERIKU-1/2
Nasihat dan Bimbingan Untuk putera puteriku ; KEPADA PUTERIKU-2/2
Nasihat dan Bimbingan Untuk putera puteriku ; KEPADA PUTERAKU-1/2
Nasihat dan Bimbingan Untuk putera puteriku ; KEPADA PUTERAKU-2/2