Dengarlah duhai saudaraku,
Saudaraku, Allah mnciptakan mnusia sama,,, Cuma amalan manusia itu berbeza –beza, Ada yang lalai dengan angan-angan, Ada yang tekun berusaha, Tentu nasib mereka berlainan, Kerana ALLAH itu MAHA ADIL sifat-Nya, Kelalaian dibalas kegagalan, Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala, Kau di beri peluang membuat pilihan, Kau jua yang tanggung natijahnya… “Sesungguhnya KAMI menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian” (SURAH AT-TIN;4)
Sedarlah saudaraku, Kita bermusafir di dunia, Kita akan pulang kepada-Nya, Hidup di dunia akan di tanya, Adakah di isi dengan sebaiknya, Atau ke soronokan semata-mata? Mahukah kita hidup terhina? Tanpa ilmu sebagai bekalnya, Kelak disana rendah darjatnya… ”ALLAH akan mengangkat orang beriman beberapa darjat” (SURAH AL_MUJAHADAH;11)
Saudaraku, Renungilah sebiji cawan,Jika tidak dituang air, Molekul udara akan memenuhinya, Begitu juga dengan diri kita,Jika tidak dituang di sisi iman, Masuklah syaitan bermaharajalela,Diri kita perlu pengisian,Dengan ilmu agama,Agar hidup dekat dengan-Nya, Barulah hatimu tenang bahagia….
Ketahuilah saudaraku, Kemuliaan manusia bukan terletak pada luaran, Tapi pada hati yang takutkan tuhan, Oleh itu,tekadkan keyakinan,Kau ummat pilihan, “You are the best ummah.”(ALI IMRAN ;110) “Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi ALLAH adalah orang yang paling bertakwa.”(AL-HUJURAT;13)
Jelaskan visi perjalanan, “Ya Tuhan Kami,berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka.”(AL-BAQARAH;201)
Jadikan ilmu sebagai bekalan, “Bacalah! Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan.”(AL-ALAQ;1~2)
Sedarlah kita pemikul amanah Tuhan, “Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit,bumi dan gunung-ganang, Maka semuanya enggan memikul itu dan mereka kuatir akan mengkhianatinya,dan pikullah amanat itu oleh manusia.Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh(kerana mahu menerima tugas tetapi tidak melaksanakan) (AL-AHZAB;72)
Ketinggian seseorang kerana iman “Janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah kamu pula bersedih hati,padahal kamulah orang yang paling tinggi darjat nya,jika kamu orang-orang yang beriman.”(AL-IMRAN;139)
Lantaran itu,carilah reda Tuhan, Dengan melakukan sebaik-baik amalan, Usaha tidak istiqomah-malas/ masa-yakin, asas kejayaan.. “ALLAH tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya sendiri.”(AR-RA’D;11)
“Jikalau mereka bersungguh-sungguh reda dengan apa yang di berikan ALLAH dan RASUL-Nya kepada mereka dan berkata;”cukuplah ALLAH bagi kami,ALLAH akan memberikan kami sebahagian dari Kurnia-Nya dan demikian pula RASUL-Nya, sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada ALLAH,(tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka) (AT-TAUBAH;59)
Saudaraku, Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas usaha, Kerana itu satu ujian dan di janjikan pahala, Bakal mengangkat darjatmu di sisi-Nya, Jika kau reda,sabar dan terus berusaha, Tapi,kau sememangnya bodoh, Jika kau langsung tidak berusaha, Kerana pasti kau akan gagal dan menderita, Tiada nilaian pahala dari-Nya, Malah kau pula menanggung dosa, Lantaran kau sia-siakan amanah beharga…
Saudaraku, Bangkitlah dari lenamu yang panjang,dan tidak pernah berkesudahan,sekali kau terjatuh,jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,dan mara berlari kencang,mencipta taufan.. Berjuanglah saudaraku,tanpa mengenal penat dan jemu,biar hidup kita menderita dengan usaha,kelak kita akan dimulia,jika tidak di dunia, nun di SYURGA…