PERANAN PELAJAR Oleh – Al-Maududi bhg-5

Keaiban sistem-sistem pelajaran

Kerajaan kita juga harus memikirkan: Bagaimanakah cara kita boleh menghapuskan keaiban yang terdapat dalam sistem pelajaran dan pendidikan kita? Ada pun pengetahuan-pengetahuan dan kesenian yang diajar di negeri-negeri Islam sebenarnya tidaklah ada cacatnya, Apa yang merosakkannya ialah orang-orang yang mengendalinya itu tidak beriman dengan Allah dan Rasulnya.

Oleh sebab itulah mereka menciptanya dengan cara yang dengan sendirinya menimbulkan di kalangan pelajar-pelajar perasaan tidak percaya kepada alam semesta dan apa yang ada di dalamnya ini tumbuh. Dengan itu pelajar-pelajar akan memikirkan bahawa alam ini terjadi dengan sendirinya tanpa kehendak pihak yang mentadbirkannya, berjalan tanpa dikuasai oleh sesiapa dan di sana tiada Tuhan yang menjadikannya, menguruskannya dan mengatur perjalanannya.

Begitu juga tanggapan yang menjadi asas pengetahuan ini ialah: Bahawa manusia itulah tuan dan pengarah kepada dirinya. la tidak lagi memerlukan Tuhan untuk memberi petunjuk kepadanya, bahkan pertunjuk dari Tuhan itu dianggapnya tidak ada. Kedua-dua tanggapan inilah yang mencabut tamadun Islam dari akar umbinya.

Maka berkewajipanlah kita mengubah aliran ini dalam mencipta setiap pengetahuan secara aliran baru yang berasaskan iman kepada Allah. Tidaklah dapat dipertikaikan lagi bahawa kita semua wajib melibatkan diri untuk mengkaji segala pengetahuan, seperti falsafah dan ilmu kemasyarakatan. Kita juga harus melibatkan diri untuk mengkaji setiap cabang pengetahuan serta mengambil faedah dari maklumat maklumat yang telah dihasilkan oleh manusia dalam peringkat-peringkat sejarah.

Tetapi sekiranya kita mahu hidup kekal sebagai orang Islam maka wajiblah kita mempelajari pengetahuan-pengetahuan ini dengan syarat sesudah pengetahuan itu diislamkan. Tidak syak lagi bahawa pengetahuan ini dalam bentuknya yang ada sekarang ini akan mengkafirkan kita, samada kita mahu atau tidak. Inilah masalah pokok bagi sistem pelajaran kita sekarang. Sekiranya ia lekas difahami dan diubati maka akan hampirlah kita kepada kebajikan dan kebahagian.

Ramai orang hairan dan dukacita apabila mendengar pendapat ini. Mereka berkata: Adakah ilmu pengetahuan praktikal (yang memerlukan ujian dalam bilik makmal) itu mempunyai hubungan dengan ugama Islam. Mereka bersuara demikian sekalipun mereka telah menyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri apa yang telah berlaku di Rusia yang menyeru kepada konsep sovit bagi ilmu pengetahuan praktikal.

Ilmu pengetahuan praktikal mempunyai dua aspek

Untuk mengatakan bahawa ilmu pengetahuan praktikal itu bersifat antara bangsa tidak memihak kepada mana-mana ugama, maka ini adalah satu kesalahan yang besar dan kejahilan yang tiada berkesudahan. Sesungguhnya ilmu pengetahuan tersebut mempunyai dua aspek: Aspek pertama, merupakan hakikat-hakikat dan undang tabie yang diketahui oleh manusia setelah ia melalui beberapa percubaan, ujian dan renungan. Aspek ini tidak syak lagi berbentuk antarabangsa.

Ada pun aspek yang kedua adalah merupakan bentuk pemikiran yang mencipta atau merakamkan hakikat-hakikat dan maklumat tersebut, kemudian diletakkan diatas asas teori tertentu. Terjumlah juga ke dalam aspek kedua ini ialah bahasa yang dipilih oleh pemikiran tadi untuk dijadikan alat takbir bagi teori-teori tadi. Aspek ini tidaklah sesuatu yang bersifat antarabangsa. Bahkan setiap penyeru kepada berbagai-bagai tamadun di dunia ini mempunyai caracara yang tersendiri, ini adalah perkara biasa. Dan apabila kita menyeru untuk melakukan perubahan dalam ilmu pengetahuan praktikal maka yang kita maksudkan ialah aspek kedua tadi dan bukanlah aspek yang pertama.

Saya misalkan kepada saudara-saudara semua. Telah menjadi kenyataan ilmiah bahawa sesuatu benda yang ada di dunia ini apabila ia sejuk maka ia mengecut kecuali air, kerana apabila air membeku ia memanjang dan apabila ia menjadi salji maka ia ringan. Dengan sebab itulah salji itu timbul di permukaan air. Ini adalah perkara yang diakui oleh kenyataan ilmiah dan percubaan eksperimen.


Berhadapan dengan hakikat ini, ada dua pendapat;

Pertamanya mengatakan bahawa gejala ini sudah sememangnya menjadi sifat dan hakikat air itu. Pendapat kedua pula mengatakan bahawa Allah telah mengurniakan air dengan sifat itu dengan kemurahan nikmat dan ketuhanannya yang sempura, supaya benda-benda yang ada di lopak-lopak dan di sungai-sungai dapat hidup. Sekiranya makhluk itu tidak diberi sifat-sifat sedemikian tadi, nescaya apabila air itu membeku maka jatuhlah ia ke bawah dan akhirnya lopak-lopak, sungai-sungai dan laut akan bertukar menjadi batu yang tiada didiami oleh makhluk yang hidup.

Fikirkanlah wahai saudara-saudara: Satu hakikat ditafsirkan oleh dua orang dengan dua cara tafsiran yang berlainan mengikut dua pendapat yang berlainan juga: Kedua-dua cara pentafsiran ini meninggalkan dua kesan yang berbeza dalam fikiran pembaca dan pelajar. Satunya membayangkan hakikat yang berlaku dan pada waktu yang sama ianya meninggalkan kesan akidah mentauhidkan Allah, hikmat dan ketuhanannya di dalam fikiran pelajar-pelajar.

Pentafsiran yang satu lagi membayangkan hakikat yang berlaku, tetapi dengan tafsiran ini orang perseorangan tidak dapat membayangkan konsep ketuhanan. Lebih jauh dari itu tafsiran ini juga membayangkan satu pendapat yang berbunyi: Sesungguhnya segala yang berlaku diatas dunia ini adalah berlaku dengan sendirinya tanpa campurtangan dari hikmat pencipta yang maha bijak dan ketuhanan Tuhan yang maha berkuasa.

Dan contoh tersebut itu hendaklah disedari bahawa salah satu dari dua cara mengajar ilmu-ilmu pengetahuan praktikal akan menghasilkan ulama-ulama kebendaan dan cara yang kedua pula akan menghasilkan ulama-ulama Islam.

Sebenarnya semua bahagian ilmu pengetahuan praktikal itu boleh menguatkan keimanan kepada Allah dalam hati manusia. Sebagai contoh, ambillah bahagian-bahagian ilmu tersebut, seperti fizik, kimia, phisiologi, bedah, biologi dan falak, maka saudara-saudara akan dapati ilmu-ilmu tersebut membentangkan hakikat-hakikat yang mengkagumkan dan mampu untuk menjadikan manusia itu benar-benar beriman dengan Allah. Tiada suatu yang lebih mampu menyuruh beriman dengan Allah selain daripada melalui hakikat-hakikat ilmu pengetahuan.

Inilah tanda-tanda atau bukti yang terang benderang yang selalu diisyaratkan oleh al-Quran dari masa ke semasa. Tetapi oleh kerana ulama kafir merakamkan hakikat-hakikat ini menurut pandangan mereka maka sebab itulah perkara ini menjadi tunggang balik. Sepatutnya ia menanamkan akidah tauhid kepada pelajar-pelajar, tapi ia telah bertukar kepada kebendaan dan mengingkari wujudnya Allah Taala di samping mentertawa dan mengejek-ngejekkan tanggapan yang mengatakan adanya Tuhan.

Saya mahu kerajaan-kerajaan Islam menyedari perbezaan antara dua aspek ini dan cuba menyelami rahsia persoalan ini. Kita tidak akan dikira sebagai orang-orang yang beriman dengan Allah dan Rasulnya sedangkan di pusat pengajian tinggi kita diajarkan ilmu yang mengingkari Allah, ilmu-ilmu kemasyarakatan yang kufur kepada pencipta yang maha agung dan falsafah yang enggan mengakui adanya Tuhan.

Sekiranya kita mahu kepada kehidupan bercorak Islam maka hendaklah kita segera menubuhkan satu badan yang bertugas mengubah kembali susunan struktur ilmu pengetahuan dan kesenian yang ada sekarang, menyusun buku-buku baru yang sistematik diterangkan di dalamnya ilmu pengetahuan dan sastra-sastra mengikut konsep Islam. Selagi kerja-kerja ini tidak selesai maka ugama dan akidah kita terancam dalam negeri-negeri kita sebagai negeri-negeri Islam.


Kewajipan kerajaan dalam pendidikan moral

kedua yang wajib saya beri ingatan kepada kerajaan ialah pentingnya mengambil berat tentang pendidikan moral atau akhlak. Sesungguhnya pendidikan ini sekalipun ianya diperlukan oleh badan pengajian tapi badan-badan yang menyediakan pegawai-pegawai kerajaanlah yang paling berhajat kepadanya, samada badan-badan itu khusus melatih tentera, anggota polis atau pegawai awam.

Adalah wajib diajarkan di institusi ini akhlak-akhlak dan kebudayaan Islam sebagai mata pelajaran wajib. Fikiran pelajar-pelajarnya hendaklah penuh dengan akidah-akidah Islam. Mereka hendaklah dididik dengan cara mematuhi hukum-hukum Islam. Segala unsur yang berbentuk fasik yang boleh mempermain-mainkan ugama di institusi ini hendaklah ditutup rapat-rapat. Inilah di antara perkara perkara yang boleh menegakkan negara dan menguatkan kewujudannya.

Kita sekarang hanya melatih seorang anggota polis dan kita menyangka apabila ia bernama Abdullah atau Abdul Rahman misalnya maka mestilah ia berugama Islam. Kita hanya melatihnya dari segi yang diperlukannya untuk menunaikan tugasnya sebagai seorang anggota polis. Kita langsung tidak merasa perlu untuk menjadikannya seorang polis yang Islam yang teguh imannya. Ini memberikan gambaran bahawa sistem latihan kita tidak berbeza dengan sistem latihan polis lain di dunia, bahkan sistem kita itu bulat-bulat tiruan dari sistem lain tadi.

Sistem ini akan mengakibatkan bahawa anggota polis itu akan tamat dari pusat latihan tanpa menghiasi dirinya dengan akhlak-akhlak Islam. Hanya sekadar yang boleh menjadikannya seorang yang layak menunaikan tugas-tugas penjaga keamanan, melainkan beberapa orang yang Tuhan kasihi saja yang mempunyai akhlak Islam. Tetapi ini bukanlah hasil cara latihan kita, bahkan ia telah sedia berakhlak demikian atau pun ia dapati dari punca yang lain.

Oleh yang demikian tak usahlah saudara-saudara mengeluh jika ada di antara anggota polis kita yang terkena penyakit rasuah dan segala macam rupa jenayah dan skandal berlaku di bawah jagaan mereka serta merebaknya penyeludupan di bawah kawalan mereka, kerana saudara-saudara tidak pernah berusaha sedikitpun untuk menghiasi mereka dengan akhlak Islam yang mulia.

Pentingnya pendidikan ketenteraan di samping dasar-dasarIslam

Perkara yang berhubung dengan pendidikan corak ini di negeri-negeri Islam, jika saudara-saudara lihat sebilangan pejuang di tengah-tengah perjuangan mereka ini bersemarak dengan sifat kepahlawanan, semangatnya berkubar-kubar untuk berjihad, cinta kepada mati syahid kerana Allah dan persediaan yang bersungguh-sungguh dan menghairankan, semuanya inibukanlah hasil dari pendidikan di pusat-pusat latihan mereka, tetapi sebenarnya berpunca dari asuhan ibu yang muslim yang telah menyematkan dihati pejuang-pejuang gagah itu nama Allah dan Rasulnya sejak pejuang-pejuangitu masih kecil lagi, ataupun berpunca dan masyarakat Islam yang masih lagi mempunyai warisan mulia yang meniupkan ke hati pejuang-pejuang itu makrifat kepada Tuhan, Rasulnya, perjuangan yang mulia, mati syahid keranaAllah dan menaburkan nilai-nilai keislaman ke dalam fikiran mereka yangkesemuanya ini tidak ada dalam sistem latihan kita sekarang.Tetapi, jika kita teruskan usaha-usaha kita untuk merosakkan masyarakatIslam, maka sampai bilakah kekalnya kesan-kesan makrifat Islam yang muliaitu?

Tidak syak lagi habuan generasi akan datang akan lebih berkurangan lagi.Ini ialah kerana gadis-gadis yang akan keluar dari pusat-pusat pengajian tinggi kita pada hari ini tidak dapat kita harapkan lagi untuk mendidik generasi akan datang dengan makrifat-makrifat ini serta nilai-nilai keislaman melainkan sebilangan kecil saja.Ini disebabkan makrifat-makrifat dan nilai tersebut tidak akan tertanam dihati seseorang melainkan jika ia sentiasa melihat ibunya sembahyang, puasa dan membaca al-Quran dan sesiapa yang mendengar salah satu darinya maka ia akan teringatlah kepada Allah dan Rasulnya.Ada pun ibu-ibu pada masa akan datang mereka tidak pernah menyebut melainkan nama-nama artis, penari, penyanyi, memberi komentar filem-filembaru, berbual-bual berkenaan hiburan dan permainan. Amatlah jarang salahseorang dari mereka itu melembutkan lidahnya dengan menyebut nama Allahdan Rasulnya.

Dengan keadaan begini bolehkah diharap dari mereka yang terdidikdengan cara ini untuk berjuang kerana Allah dan Rasulnya, sanggup pula mati kerana kedua-duanya dan mempunyai perasaan ingin berjihad yang ada pada setengah-setengah pemuda kita zaman sekarang yang telah memberangsangkan mereka dari masa ke masa untuk mencatit sejarah kepahlawanan danpengorbanan yang gemilang.

Sesungguhnya apabila kita ingin menyediakan pemuda-pemuda yang sanggup menggadai nyawa dan harla kerana Islam, sanggup mati, senyum mempertahankan negeri Islam, sanggup mempertahankan peraturan hidup Islam maka tidak ada jalan lain selain dari memikirkan untuk mendidik mereka dengan pendidikan yang mengukuhkan iman di hati mereka dan menanamkan akidah dan akhlak untuk memberanikan mereka melakukan pengorbanan yang besar terhadap Allah mengikut tanggapan orang-orang Islam.

Kesemuanya ini hendaklah diberikan dalam bentuk yang paling tinggi mutunya di samping latihan ketenteraan yang bermutu.Inilah alat penangkis tunggal yang boleh melindungi kita dari musuh yang berganda-ganda lebih kuat dari kita, dan inilah kubu kuat yang melindungi kita dan membolehkan kita hidup mulia dalam dunia yang penuh dengan seteru-seteru yang sentiasa merancang untuk menghapuskan kita dari alam nyata ini. Muga-muga Allah tidak perkenankan usaha mereka.Di akhirnya kita pohonkan doa kepada Allah Tuhan semesta 'alam.


bersambung.......................

baca seterusnya di sini ;-

PERANAN PELAJAR Oleh – Al-Maududi bhg-1
PERANAN PELAJAR Oleh – Al-Maududi bhg-2
PERANAN PELAJAR Oleh – Al-Maududi bhg-3
PERANAN PELAJAR Oleh – Al-Maududi bhg-4
PERANAN PELAJAR Oleh – Al-Maududi bhg-5
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template