Apabila Qosim Amir, iaitu tokoh penganjuran pergaulan bebas bangkit dari kuburnya, pasti akan kehairanan melihat segala perubahan ini. Dia benar-benar kaget seperti orang yang disambar petir. Sebab yang dikehendakinya bukanlah kebebasan seperti sekarang ini.
Puteraku, aku berani menyatakan dengan pasti kepadamu, bahawa masalah seks pada hakikatnya adalah masalah yang lebih ringan dan lebih mudah dari apa yang engkau gambarkan.
Masalah seks yang engkau bicarakan dan besar-besarkan, sebenarnya lebih kecil dari yang engkau bayangkan. Malah apa yang engkau bicarakan dan engkau bahaskan itu adalah lebih besar dari kenyataannya. Engkau sifatkan ia lebih luas dalam nafsu manusia daripada perbuatannya. Memang perkara itu merupakan seni, sama seperti pantun, cerita, fotografi dan nyanyian.
Sesuatu yang mempercantikkan kaum wanita, memperindahkan cinta, meninggikan khayalan dan impian, mendorong para pemuda ke arah gambaran yang berlipat ganda dari perasaan yang sebenamya. Memang, dorongan syahwat boleh membutakan penglihatan dan menulikan pendengaran.
Apabila kita renungkan masalah syahwat ini dengan fikiran yang tenang, dengan akal yang sihat dan bukan dengan dorongan emosi dan nafsu syahwat itu sendiri, tentu pandangan kita tidak akan jauh terkeliru.
Rayuan tidak akan mampu dan berjaya tanpa ajakan dan dorongan kawan yang jahat. Dia akan menuntun, menunjukkan jalan, memandu kenderaan, kemudian membukakan pintunya sehingga engkau berada di tempat terkutuk.
Wahai puteraku………… semua itu adalah penyakit. Tetapi apakah ubatnya? Ubat mujarab yang dapat menyembuhkannya ialah kembali kepada sunnah Allah dan ketetapan-ketetapan ajaran-Nya.
Allah tidak akan melarang atau mengharamkan sesuatu, kecuali digantinya dengan yang lebih baik.
Allah mengharamkan riba, tetapi digantinya dengan perniagaan. Allah mengharamkan zina, digantinya dengan pernikahan dan perkahwinan.
Jadi, ubat penyembuh dari penyakit itu ialah berkahwin!
Inilah cara yang halal dan satu-satunya jalan menuju kebaikan.
Saya menyarankan, agar organisasi sosial kemasyarakatan Islam atau apa-apa lembaga pun yang menguruskan umat Islam agar membentuk usaha baru yang berkaitan dengan masalah perkahwinan. Wadah itu bertanggungjawab menganjur, mengajak dan memberi kemudahan kepada para pemuda untuk berkahwin.
Puteraku............apabila engkau tidak mampu untuk
bernikah (kerana alasan-alasan tertentu) dan engkau sukar mengelakkan diri dari perbuatan kotor, maka tingkatkan jiwa, akal, hati dan jasmani supaya lebih dekat lagi kepada Allah. Lebih tekun beribadah, menyibukkan diri dengan pekerjaan atau keterampilan, bersukan, muzik atau perkara-perkara yang lain.
Resepi yang kedua ini bersifat altematif, tetapi cukup ampuh, kuat dan bermanfaat sebagai pertahanan sementara.
Manusia pasti suka dan cinta pada dirinya. Kalau dia menghadap cermin, melihat tubuhnya yang kelihatan seperti atlit, tentunya tidak mudah untuk dikorbankan hanya kerana kerlingan mata wanita.
Puteraku, sekiranya kita mendengar pandangan para perosak atau orang-orang yang lengah dan lalai, mereka mengatakan bahawa untuk memulihkan keruntuhan moral di dalam masyarakat ialah dengan membiasakan pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan.
Dengan cara itu keganasan nafsu syahwat dapat dilemahkan dan dipadamkan. Pelacuran secara sembunyi dapat dihapuskan dan dibuat tempat rasmi untuk pelacur yang diawasi. Ketahuilah sesungguhnya, alasan-alasan itu adalah kebodohan yang besar.
Malah negara-negara bukan Islam yang telah mempraktikkan teori seperti itu, ternyata hasilnya ialah keruntuhan moral dan rangsangan nafsu syahwat menjadi semakin meluas.(
Negara-negara Skandinauia memberi kebebasan penuh kepada rakyatnya untuk melakukan pergaulan seks secara terbuka. Mereka diberi kebebasan menghamburkan nafsu syahwat tanpa peraturan. Pertanyaannya sekarang: "Apakah dengan cara itu mereka dapat hidup bahagia?" Mereka merupakan pemecah rekod dalam kes bunuh diri, penyakit saraf, narkotik dan ubat-ubat terlarang dan apaapa sahaja yang mendorong mereka untuk lari dari tanggungjawab kehidupan. Pornografi telah melampaui batas-batas yang dapat diterima oleh masyarakat. Tindakan biadap terhadap wanita sudah mencapai puncaknya, sehingga memuakkan rakyat. Kaset-kaset video dijual seperti kacang goreng, tersebar di mana-mana. Filem lucah yang melampui batas sudah menjadi pemandangan biasa di televisyen. Masyarakat di sana sendiri sebenarnya ramai yang tidak setuju. Penonton televisyen ramai yang protes. Tetapi rupanya pemerintah belum mahu mengerti, tetap memberi ruang dan merestui. )
Apabila penempatan pelacur diwartakan secara rasmi maka akibatnya jumlah pelacur yang disediakan hendaklah sesuai dengan keperluan pemudanya, tempatnya perlu diperbesarkan agar dapat menampung pertemuan mereka.
Sebagai contoh, di kota yang berpenduduk dua setengah juta orang, di mana jumlah pemudanya mencapai dua ratus ribu, maka paling tidak diperlukan lebih dari sepuluh ribu wanita yang bersedia dilacurkan.
Untuk menjaga "keadilan", apabila lelaki dibolehkan mendatangi tempat pelacuran tanpa memerlukan perkahwinan, maka bagaimanakah nasib para puterinya?
Apakah untuk mereka juga perlu disediakan tempat-tempat mencari kepuasan seks yang penghuninya ialah lelaki?
Omongan kosong puteraku.
Demi Allah, semua itu kebohongan besar.
Mereka tidak berbicara berdasar petunjuk akal.
Mereka berbicara dengan watak dan fitrah hawa nafsu.
Mereka tidak menghendaki pemulihan akhlak, moral dan budi pekerti.
Mereka tidak menghendaki kemajuan kaum wanita.
Mereka tidak menginginkan meningkatnya jiwa kesukanan dan tersebamya olahraga.
Mereka juga tidak mengharapkan kebaikan kehidupan kampus, suasana kemahasiswaan dan pelajar.
Jika mereka itu berkata apa yang dilakukannya adalah untuk semua seperti di atas, semua itu sebenamya hanyalah slogan kosong saja.
Mereka mempunyai wawasan, setiap masa bersiap sedia dengan slogan-slogan baru untuk menjayakan programprogramnya dengan mengelabui masyarakat.
Puteraku, mereka menghendaki agar puteri-puteri dan adik-adikmu keluar rumah untuk dilihat auratnya, dinikmati oleh yang halal atau yang haram, boleh diajak keluar bersama untuk menemani ke mana saja dan apa acarapun, boleh menghiburkannya dengan menari atau di tempat tidur.
Ramai orang tua tertipu. Mereka rela menerima pengorbanan puteri-puterinya hanya sekadar untuk
mendapat gelaran moden.
Apakah yang akan berlaku jika semua itu menjadi kenyataan wahai puteraku? Na'uzu billaahi minzaalik.
Puteraku, jangan engkau ragu untuk menulis surat kepadaku apabila engkau anggap jawapan suratmu ini kurang memuaskanmu.
Engkau jangan merasa malu jika memiliki nafsu syahwat yang membara. .Itu adalah sebagai pemberian Allah kepadamu. Dan perkara itu pula sebagai petanda bahawa engkau mempunyai kekuatan tubuh dan keperkasaan sebagai pemuda.
Puteraku, kesimpulan dari nasihatku ialah engkau patut segera berkahwin. Hanya itulah ubat yang paling ampuh. Apabila engkau belum mampu, engkau mesti menjaga diri dan takut pada larangan Allah. Engkau hendaklah tekun beribadah, menuntut ilmu, menyibukkan diri dengan berbagai kegiatan sama ada kesenian, kesukanan, organisasi atau lain-lain lagi.
Itulah jalan keluar dan ubat yang mengandungi
kenikmatan.
Puteraku, membahaskan pertanyaanmu akan sangat panjang. Hanya inilah sekadar untuk memenuhi waktu, memanfaatkan kesempatan dalam memberi jawapan.
Jika engkau masih belum puas, Insya-Allah pada penerbitan buku yang lain akan aku huraikan dengan lebih mendalam.
* * * * * * * * * * ** * * * SELESAI* * * * * * ** * * * * * * * * * *
bacaan selanjutnya sila klik link di bawah;-
Nasihat dan Bimbingan Untuk PUTERA PUTERIKU ; Pendahuluan
Nasihat dan Bimbingan Untuk putera puteriku ; KEPADA PUTERIKU-1/2
Nasihat dan Bimbingan Untuk putera puteriku ; KEPADA PUTERIKU-2/2
Nasihat dan Bimbingan Untuk putera puteriku ; KEPADA PUTERAKU-1/2
Nasihat dan Bimbingan Untuk putera puteriku ; KEPADA PUTERAKU-2/2