>300 juta ahli Facebook

PUTRAJAYA: Laman sosial terkemuka, Facebook kini mempunyai 300 juta ahli seluruh dunia apabila lebih 70 peratus penggunanya membabitkan masyarakat dari luar Amerika Syarikat.

Malah, laman sosial yang dilancarkan pada Februari 2004 oleh Mark Zuckerberg turut menjadi 'kegilaan' masyarakat di negara ini, terutama golongan muda dan ia dibuktikan dengan jumlah pengguna yang mencapai 3.5 juta.

Pengarah Pemasaran Facebook, Randi Zuckerberg, berkata Facebook digunakan pelbagai pihak termasuk beberapa pemimpin negara dan selebriti terkemuka berinteraksi dengan orang ramai atau rakan, selain menggunakan laman sosial itu sebagai tempat untuk meluahkan pandangan mengenai sesuatu isu.

“Facebook menyediakan 60 bahasa bagi memudahkan pengguna mengakses laman sosial terbabit, sekali gus menjadi cara paling berkesan, mudah dan cepat untuk seluruh masyarakat berhubung, katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20091118080014/Article/index_html
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template