Siapa tidak tahu kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang sedang berlangsung sekarang? Dari kanak-kanak hinggalah ke warga emas, baik lelaki mahupun wanita, tanpa mengira keturunan, pangkat, kaya atau papa, boss atau drebar, baik mereka yang tinggal di singgahsana kekuasaan yang serba mewah mahupun mereka yang tidur hanya beratapkan langit, baik mereka yang tinggal di negara maju mahupun mundur, malah tidak keterlaluan jika dikatakan hampir kesemua penduduk bumi tahu akan kejohanan yang berlangsung empat tahun sekali ini. Begitulah hebatnya Piala Dunia, ibarat sihir yang memukau seluruh manusia! Apa yang menyedihkan kita ialah terdapat begitu ramai dari kalangan umat Islam yang turut terkena sihir ini. Berapa ramai yang matanya terpaku di depan televisyen dan lidah mereka akan dibasahi dengan ‘zikir’ bola sepak setiap pagi, petang dan malam. Setiap Muslim pencinta bola tidak leka dan lalai dari mengetahui perkembangan perlawanan. Rasanya tidak afdhal jika tidak berbicara tentang bola di dalam setiap pertemuan dengan kawan-kawan.
Piala Dunia yang berlangsung 11 Jun - 11 Julai 2010 ini telah menjadi satu magnet besar yang yang dapat menarik perhatian sebahagian besar penghuni planet bumi. Tidak hanya itu, Piala Dunia ini telah berjaya mengubah ’pola hidup’ manusia di mana secara sedar atau tidak, mereka akan menyesuai atau‘melaraskan’ jadual hidup mereka dengan kejohanan tersebut. Paling tidak, dalam sebulan ini, ramai penduduk dunia akan mengubah pola menonton televisyen, termasuk mengubah pola tidur, pola perbelanjaan dan pola perbincangan. Malah ramai yang tidak berpuas hati jika hanya menonton di rumah. Mereka sanggup ke kedai atau ke mana-mana tempat yang ada skrin besar dan menontonnya beramai-ramai untuk ‘merasakan’ suasana dan aura perlawanan umpama berada di stadium.
Dari segi sejarah, bola sepak Piala dunia pertama kali dicetuskan pada 26 Mei 1928 di Amsterdam. Sebelumnya bola sepak hanya dipertandingkan di sukan olimpik. Piala Dunia pertama berlangsung di Uruguay pada 13-30 Julai 1930. Presiden FIFA pada waktu itu, Jules Rimet, berharap pertandingan antara negara ini dapat mencipta perdamaian dunia. Kejohanan pertama itu disertai oleh 13 buah negara yakni Amerika Syarikat, Perancis, Romania, Belgium, Yugoslavia, Argentina, Chile, Mexico, Brazil, Bolivia, Uruguay, Peru dan Paraguay yang kesemuanya adalah negara non-muslim. Tuan rumah Uruguay keluar sebagai juara setelah mengalahkan Argentina dengan 4-2 di perlawanan akhir yang melayakkan negara tersebut memperolehi trofi Jules Rimet Cup yang bertatahkan emas. Semasa Perang Dunia II, kejuaraan ini terhenti selama 12 tahun. Ia dimulai kembali pada tahun 1950 di Brazil. Pada tahun 1970 di Mexico, FIFA telah memutuskan untuk Brazil menyimpan piala Jules Rimet kerana berjaya menjadi negara pertama yang menjuarai kejohanan itu sebanyak 3 kali iaitu pada 1958, 1962 dan 1970. FIFA kemudian membuat trofi dunia yang baru dengan menggunakan emas 18 karat dengan ketinggian 36cm dan berat 4.97kg, yang menjadi rebutan hingga sekarang. Piala ini tidak boleh disentuh oleh sesiapa pun kecuali oleh negara pemenang. Untuk menghiburkan masyarakat dunia, replikanya telah dibuat dan diusung mengelilingi dunia setiap kali acara itu menjelang. Piala ini bak berhala yang didewakan oleh masyarakat dunia, khususnya pencinta bola sepak.
Sihir Piala Dunia
Piala Dunia ibarat sebuah sihir yang nyata. Gara-gara bola, ramai orang boleh lupa akan penderitaan diri sendiri, apatah lagi penderitaan orang lain. Setidak-tidaknya buat sementara waktu segala penderitaan seolah-olah tiada dan tidak pernah ada. Mereka tidak peduli lagi dengan isu-isu yang berlaku di luar bola. Kalau ada pun yang peduli, jumlahnya hanya sedikit sahaja. Sihir bola sepak merasuk jauh ke dalam diri manusia sehingga ke peringkat wujudnya manusia yang meng‘agama’kannya. Di beberapa negara Eropah, kaum Nasrani enggan datang ke gereja. Mereka lebih rela pergi ke stadium menonton pertandingan walaupun harus membayar mahal untuknya. Kita juga sering mendengar berapa ramai dari umat Islam yang ‘lebih redha’ menonton bola dan sanggup meninggalkan solat kerana tidak mahu terlepas perlawanannya. Para pemain bola sepak telah menjadi ‘Tuhan’ baru bagi sesetengah manusia. Ada penggila bola sampai ke tahap memuja bintang bola sepak mereka melebihi segala-galanya. Di Argentina sebagai contoh, pemuja Diego Maradona mendirikan Gereja Maradona Iglesia Maradoniana. Maradona telah dianggap sebagai ‘Tuhan’. Dan diberitakan bahawa pengikut ‘agama’ Maradona ini mencapai 15 ribu orang di seluruh dunia. Agama yang didirikan pada 30 Oktober 1998 –hari lahirnya Maradona- ini memiliki kitab suci mereka sendiri iaitu buku biografi Maradona dan ‘10 Perintah Tuhan’ ala mereka sendiri. Salah satu perintah tersebut adalah kewajipan untuk mencantumkan nama Diego kepada anak-anak mereka. Iglesia Maradoniana mempunyai tarikh keramat mereka sendiri yang dimulai dari tahun 1960 iaitu tarikh lahirnya bintang bolasepak dunia tersebut. Bagi mereka, tahun 2010 adalah sama dengan tanggal 50 AD (After Diego). Nombor 10 milik Maradona, dianggap bukan sekadar angka semata-mata, tetapi Diego 10’s, jika diolah akan menjadi D10S (dios) yang dalam bahasa Sepanyol bermaksud ‘Tuhan’.
Sihir bola memang luar biasa. Dahulu pemain Argentina Lionnel Messi disamakan dengan Jesus, kerana jasanyalah Barcelona telah mengalahkan Arsenal. Yang menyamakannya tidak lain adalah pelatih Argentina sendiri, Diego Maradona. Di kalangan umat Islam, sihir bola sepak telah berjaya memukau para pengusaha Arab yang berlumba-lumba membeli kelab bola sepak. Mereka rela menghamburkan wang mereka berbilion-bilion hanya untuk membeli sebuah kelab bola sepak. Syeikh Mansour membeli Manchester City dengan harga RM1 billion. Suliman al-Fahim membeli Portsmouth sebanyak RM353 juta. Dan dilaporkan bahawa Putera Faisal bin Fahd bin Abdullah dari Saudi berniat membeli Liverpool dengan nilai RM1.84 billion. Sungguh ironi keadaan ini, di saat umat Islam menderita di seluruh dunia, para Kapitalis ini sibuk menghamburkan harta kepada suatu yang sia-sia. Masyarakat Arab bertambah gila bola sejak masuknya Arab Saudi ke pusingan akhir Piala Dunia 1998. Stadium-stadium bola sepak di negara Arab selalu penuh dengan penonton dengan masing-masing mempunyai kelab kesukaan (favourite club) masing-masing. Sungguh mengaibkan kerana terdapat banyak peristiwa di mana pengulas perlawanan bola melaungkan takbir ‘Allahu Akbar’ ketika pemain membuat jaringan, walaupun penjaring gol itu adalah orang kafir!
Kapitalisme Di Sebalik Piala Dunia
Kali ini (2010), giliran Afrika Selatan pula untuk menjadi tuan rumah kepada sukan bola sepak terbesar dunia ini. Sekali fikir, sungguh aneh bagaimana negara semiskin Afrika Selatan boleh terpilih untuk menjadi hos kepada temasya berprestij ini. Dari segi infrastruktur, sebenarnya Afrika Selatan masih belum siap. Negara itu termasuk negara penghutang yang besar, tapi kenapakah negara paling selatan itu berhasil menjadi penyelenggara kejohanan besar empat tahun sekali ini? Untuk menjayakan Piala Dunia yang pertama di benua Afrika ini, Afrika Selatan mesti menyediakan 10 buah stadium sedangkan yang sedia ada hanya lima buah, itupun tidak memenuhi syarat dengan pelbagai kekurangannya. Mahu tidak mahu, lima buah stadium baru terpaksa dibina dan yang sedia ada diperbaiki. Kos keseluruhannya mencecah berbillion dolar. Soccer City Stadium sahaja melebihi RM1.4 billion. Justeru, bagaimana hal ini boleh dijayakan jika tidak adanya campurtangan dari para Kapitalis? Semua tahu bahawa Afrika Selatan masih berada di bawah bayang-bayang Barat. Walaupun majoriti penduduk negara itu adalah berkulit hitam, namun yang menguasainya adalah kulit putih. Melalui tangan Kapitalis global berkulit putih inilah kesemua rancangan dapat disiapkan sebagaimana dirancang. Dalam waktu dua tahun, semua stadium berjaya disiapkan. Para pekerja kulit hitam dikerah bekerja siang dan malam sehingga terjadi mogok yang melibatkan lebih kurang 70,000 pekerja kerana tidak berpuas hati dengan jumlah gaji yang diterima berbanding jam kerja yang melampau.
FIFA selaku organisasi bola sepak dunia adalah dalang (mastermind) kepada semua perkara. Boleh dikatakan semua perkara yang melibatkan piala dunia ini tidak boleh dilakukan kecuali dengan izin FIFA. “FIFA adalah satu-satunya pihak yang yang meraih untung dari Piala Dunia”, keluh Grant Abramhamse, seorang pengusaha rantai kunci (keychain) yang ingin mengeluarkan rantai kunci khas Piala Dunia namun tidak dibenarkan FIFA untuk menjual produknya kerana dikatakan bertentangan dengan hakcipta. Sebuah headline media setempat menulis judul besar “Welcome to the Republic of FIFA” (Selamat datang ke Republik FIFA) sebagai bentuk perli yang menggambarkan kekecewaan warga Afrika yang merasakan badan bola sepak dunia itu telah memegang kendali (kuasa) atas segala yang berkaitan dengan Piala Dunia. FIFA mendapat hak memerintahkan pemberhentian segala produk yang berlambangkan Piala Dunia. Di samping mengurus pemasaran, kesemua sembilan buah kota di Afrika di mana berlangsungnya kejohanan, diwajibkan terikat dengan peraturan FIFA yang mengatur segala aktiviti termasuk di luar stadium. Dilaporkan bahawa badan bola sepak gergasi itu telah mengajukan 451 kes dakwaan pelanggaran pemasaran, mulai dari industri penerbangan hinggalah ke produk gula-gula. FIFA memberi alasan bahawa ini adalah usaha untuk melindungi penaja rasmi yang telah membenamkan modal mereka untuk mendapat hak eksklusif Piala Dunia.
Ketua Eksekutif Piala Dunia 2010, Danny Jordaan menjangkakan bahawa FIFA akan memperolehi keuntungan sebesar USD3.5 bilion dari Piala Dunia kali ini. Keuntungan juga akan dikaut oleh rakan niaga FIFA mulai dari syarikat penerbangan rasmi, hak penyiaran rasmi, hotel rasmi dan lain-lain penaja besar rasmi lagi. Pengeluar alatan sukan Adidas misalnya dijangka mengaut keuntungan USD1.7 bilion, demikian pula dengan Nike, Puma dan Umbro yang dikatakan bakal mengaut nilai yang hampir sama. Tidak sekadar itu, keuntungan juga bakal dikaut oleh syarikat pengeluar kondom. Ini kerana, pemerintah Afrika Selatan memerlukan sejuta kondom kerana sekitar 40 ribu pelacur dijangka akan ‘hadir’ sama bagi memeriahkan temasya. Ini belum lagi termasuk pengeluar minuman keras yang bakal meraih keuntungan yang mungkin jauh lebih besar. Apatah lagi ‘pengusaha’ judi yang bakal menjadi juara dalam meraih keuntungan yang paling besar, bukan sahaja di Afrika, malah di seluruh dunia. Pasar judi di Britain sahaja mengharapkan dapat meraih lebih 1 bilion pound sterling. Hatta di Malaysia pun, para Kapitalis judi, dan kerajaan Malaysia akan mendapat keuntungan besar dengan ‘usaha baik’ Kementerian Kewangan yang telah menghalalkan judi bola di sepanjang kejohanan Piala Dunia ini. Pendek kata, yang menjadi juara di dalam Piala Dunia sebenarnya adalah para Kapitalis!
Sukan Menurut Islam
Suatu hal yang kita dapat menduga akan berlaku di sepanjang berlangsungnya Piala Dunia ini adalah, bukan hanya akan terjadi perlawanan bola sepak semata-mata, malah yang jauh lebih besar dari itu, akan terjadinya kemaksiatan dan ‘kesyaitanan’. Judi, arak, pelacuran, perzinaan dan sebagainya akan menyelebungi bumi Afrika Selatan itu. HIV/AIDS mungkin akan meningkat berlipat kali ganda memandangkan fakta bahawa Afrika Selatan sememangnya tergolong dalam negara dengan pengidap HIV/AIDS terbesar di dunia. Dari sisi politik, kejohanan bola sepak Piala Dunia ini merupakan usaha sistematik puak kuffar untuk meningkatkan lagi fanatisme assabiyyah (kebangsaan) dan wathaniyyah (patriotisme) . Penduduk sesebuah negara pastinya akan menyokong negara mereka dengan perasaan yang membuak-buak mengharapkan kemenangan negaranya dan mereka akan merasa sedih, malah ramai yang tidak akan segan silu menangis dan meratap jika negaranya kalah. Sesungguhnya tidak ada keuntungan yang diperolehi oleh umat Islam dari bola sepak, baik Piala Dunia atau piala lainnya, kecuali ‘kepuasan sementara’. Malah sebenarnya boleh terjadi kerugian darinya kerana ternyata banyak masa dan tenaga umat Islam dicurahkan untuk bola. Ramai di kalangan umat Islam yang sanggup menghabiskan masa berjam-jam untuk menyaksikan perlawanan bola, masa yang sama yang tidak sanggup digunakan untuk hadir di kelas-kelas agama. Ramai yang sanggup berjaga atau bangun malam untuk menghadap bola sepak, hal yang sama tidak sanggup dilakukan untuk bertahajud menghadap Allah.
Bola sepak merupakan suatu permainan atau ‘lahwun’. Lafaz lahwun terdapat di dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Rasulullah SAW bersabda,
Lahwun di sini membawa maksud permainan. Dalam Islam, sukan termasuk lahwun yang diperbolehkan selama mana tidak ada unsur haram di dalamnya. Kebolehan ini juga dibatasi selama mana tidak mengakibatkan tertinggalnya suatu kewajipan. Manakala jenis sukan yang dianjurkan oleh Islam adalah sukan yang tujuannya membina setiap Muslim untuk menjadi seorang mujahid (ahli jihad) misalnya berkuda, memanah, menembak, merejam lembing, renang, lari, seni mempertahankan diri dan seumpamanya. Sabda Rasulullah SAW,
Yang dimaksudkan dengan batil di sini ialah sia-sia atau yang seumpamanya, yang tidak berguna serta tidak menghasilkan buah yang dapat dipetik [lihat Al-Muwaafaqaat, Jilid l, m/s 84].
Dalam hal ini, Imam As-Syathibi menyatakan, “Hiburan, permainan dan bersantai adalah mubah (boleh) asal tidak terdapat suatu perkara yang terlarang.” Selanjutnya beliau juga menambahkan, “Namun demikian, perkara tersebut tercela dan tidak disukai oleh para ulama. Bahkan mereka tidak menyukai seorang lelaki yang dipandang tidak berusaha untuk memperbaiki kehidupannya di dunia dan tempat kembalinya di akhirat kelak, kerana ia telah menghabiskan waktunya dengan berbagai macam kegiatan yang tidak mendatangkan suatu hasil duniawi atau ukhrawi.”
Wahai kaum Muslimin! Di sebalik Piala Dunia yang berlangsung sekarang, dengan melihat apa yang berlaku, kita sesungguhnya tidak dapat menolak bahawa terdapat kelicikan Barat di balik semua ini. Selain usaha menguasai dunia, mereka menginginkan agar masyarakat dunia, khususnya umat Islam terus lena dengan pelbagai pesta, pesta bola, pesta arak, pesta zina, pesta judi dan bermacam-macam lagi pesta kemaksiatan yang muncul seiring dengan kejohanan bola sepak. Setidak-tidaknya, ini adalah salah satu protokol yang tertulis di dalam Protokol Zionis walaupun ada pihak yang mempertikaikan kesahihannya. Tokoh Yahudi, Samuel Zwemer dalam Persidangan Misi Zionis di Jerusalem pada 1935, dalam ucapannya menegaskan, “Misi utama kita bukanlah menjadikan orang-orang Islam bertukar agama menjadi Kristian atau Yahudi, tetapi cukuplah dengan menjauhkan mereka dari Islam...Kita jadikan mereka sebagai generasi muda Islam yang jauh dari Islam, malas bekerja (untuk Islam), suka berfoya-foya, senang dengan segala kemaksiatan, memburu kenikmatan hidup dan orientasi hidupnya semata-mata untuk menuaskan hawa nafsunya...”.
Justeru, berhati-hatilah wahai kaum Muslimin agar kalian tidak terkena sihir bola sepak ini sehingga menjauhkan kalian dari Islam! Pertandingan bola sepak mahupun pertandingan apa sekalipun di peringkat dunia telah dijadikan medium oleh Barat untuk umat Islam mempertahankan semangat nasionalisme dan patriotisme (yang diharamkan Islam) yang sekaligus menghalang dan mempersulitkan lagi penyatuan di kalangan negara kaum Muslimin di bawah satu kesatuan pemerintahan. Bagi Barat, penyatuan umat Islam di bawah sistem pemerintahan yang satu, yakni Daulah Khilafah, adalah suatu mimpi ngeri yang mereka berusaha halangi selama ini dan mereka tidak akan membiarkan hal ini terjadi. Berwaspadalah dan berusahalah ke arah menegakkan semula Daulah Khilafah dan Insya Allah, dengan tertegaknya institusi agung politik umat Islam ini, kita akan dapat menjadikan mimpi ngeri Barat sebagai sebuah kenyataan!
Sumber :
1 - http://en.wikipedia.org/wiki/FIFA_2010
2 - http://en.wikipedia.org/wiki/FIFA
3 - http://en.wikipedia.org/wiki/FIFA_World_Cup_Trophy
4 - http://www.mykhilafah.com/
5 - http://www.fifa.com/worldcup/organisation/index.html
IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Piala Jules Rimet (kanan) yang merupakan piala dunia pertama yang digunakan bermula tahun 1930 sehingga 1970, dan piala dunia FIFA (kiri) yang digunakan bermula piala dunia edisi 1974 sehingga sekarang.

International Federation of Association Football atau dalam bahasa perancisnya Fédération Internationale de Football Association (FIFA) yang bertanggungjawab menganjurkan Perlawanan Bolasepak Piala Dunia.
FIFA selaku organisasi bola sepak dunia adalah dalang (mastermind) kepada semua perkara. Boleh dikatakan semua perkara yang melibatkan piala dunia ini tidak boleh dilakukan kecuali dengan izin FIFA. “FIFA adalah satu-satunya pihak yang yang meraih untung dari Piala Dunia”, keluh Grant Abramhamse, seorang pengusaha rantai kunci (keychain) yang ingin mengeluarkan rantai kunci khas Piala Dunia namun tidak dibenarkan FIFA untuk menjual produknya kerana dikatakan bertentangan dengan hakcipta. Sebuah headline media setempat menulis judul besar “Welcome to the Republic of FIFA” (Selamat datang ke Republik FIFA) sebagai bentuk perli yang menggambarkan kekecewaan warga Afrika yang merasakan badan bola sepak dunia itu telah memegang kendali (kuasa) atas segala yang berkaitan dengan Piala Dunia. FIFA mendapat hak memerintahkan pemberhentian segala produk yang berlambangkan Piala Dunia. Di samping mengurus pemasaran, kesemua sembilan buah kota di Afrika di mana berlangsungnya kejohanan, diwajibkan terikat dengan peraturan FIFA yang mengatur segala aktiviti termasuk di luar stadium. Dilaporkan bahawa badan bola sepak gergasi itu telah mengajukan 451 kes dakwaan pelanggaran pemasaran, mulai dari industri penerbangan hinggalah ke produk gula-gula. FIFA memberi alasan bahawa ini adalah usaha untuk melindungi penaja rasmi yang telah membenamkan modal mereka untuk mendapat hak eksklusif Piala Dunia.
Ketua Eksekutif Piala Dunia 2010, Danny Jordaan menjangkakan bahawa FIFA akan memperolehi keuntungan sebesar USD3.5 bilion dari Piala Dunia kali ini. Keuntungan juga akan dikaut oleh rakan niaga FIFA mulai dari syarikat penerbangan rasmi, hak penyiaran rasmi, hotel rasmi dan lain-lain penaja besar rasmi lagi. Pengeluar alatan sukan Adidas misalnya dijangka mengaut keuntungan USD1.7 bilion, demikian pula dengan Nike, Puma dan Umbro yang dikatakan bakal mengaut nilai yang hampir sama. Tidak sekadar itu, keuntungan juga bakal dikaut oleh syarikat pengeluar kondom. Ini kerana, pemerintah Afrika Selatan memerlukan sejuta kondom kerana sekitar 40 ribu pelacur dijangka akan ‘hadir’ sama bagi memeriahkan temasya. Ini belum lagi termasuk pengeluar minuman keras yang bakal meraih keuntungan yang mungkin jauh lebih besar. Apatah lagi ‘pengusaha’ judi yang bakal menjadi juara dalam meraih keuntungan yang paling besar, bukan sahaja di Afrika, malah di seluruh dunia. Pasar judi di Britain sahaja mengharapkan dapat meraih lebih 1 bilion pound sterling. Hatta di Malaysia pun, para Kapitalis judi, dan kerajaan Malaysia akan mendapat keuntungan besar dengan ‘usaha baik’ Kementerian Kewangan yang telah menghalalkan judi bola di sepanjang kejohanan Piala Dunia ini. Pendek kata, yang menjadi juara di dalam Piala Dunia sebenarnya adalah para Kapitalis!
Sukan Menurut Islam
Kes HIV/AIDS yang parah di Afrika Selatan akan menjadi semakin parah akibat penganjuran piala dunia yang turut membawa kemaksiatan lain di negara itu.
Suatu hal yang kita dapat menduga akan berlaku di sepanjang berlangsungnya Piala Dunia ini adalah, bukan hanya akan terjadi perlawanan bola sepak semata-mata, malah yang jauh lebih besar dari itu, akan terjadinya kemaksiatan dan ‘kesyaitanan’. Judi, arak, pelacuran, perzinaan dan sebagainya akan menyelebungi bumi Afrika Selatan itu. HIV/AIDS mungkin akan meningkat berlipat kali ganda memandangkan fakta bahawa Afrika Selatan sememangnya tergolong dalam negara dengan pengidap HIV/AIDS terbesar di dunia. Dari sisi politik, kejohanan bola sepak Piala Dunia ini merupakan usaha sistematik puak kuffar untuk meningkatkan lagi fanatisme assabiyyah (kebangsaan) dan wathaniyyah (patriotisme) . Penduduk sesebuah negara pastinya akan menyokong negara mereka dengan perasaan yang membuak-buak mengharapkan kemenangan negaranya dan mereka akan merasa sedih, malah ramai yang tidak akan segan silu menangis dan meratap jika negaranya kalah. Sesungguhnya tidak ada keuntungan yang diperolehi oleh umat Islam dari bola sepak, baik Piala Dunia atau piala lainnya, kecuali ‘kepuasan sementara’. Malah sebenarnya boleh terjadi kerugian darinya kerana ternyata banyak masa dan tenaga umat Islam dicurahkan untuk bola. Ramai di kalangan umat Islam yang sanggup menghabiskan masa berjam-jam untuk menyaksikan perlawanan bola, masa yang sama yang tidak sanggup digunakan untuk hadir di kelas-kelas agama. Ramai yang sanggup berjaga atau bangun malam untuk menghadap bola sepak, hal yang sama tidak sanggup dilakukan untuk bertahajud menghadap Allah.
Bola sepak merupakan suatu permainan atau ‘lahwun’. Lafaz lahwun terdapat di dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Rasulullah SAW bersabda,
“Hendaklah kalian sentiasa berlatih memanah kerana ia merupakan sebaik-baik lahwun” [HR Al-Bazzar & At-Thabrani] .
Lahwun di sini membawa maksud permainan. Dalam Islam, sukan termasuk lahwun yang diperbolehkan selama mana tidak ada unsur haram di dalamnya. Kebolehan ini juga dibatasi selama mana tidak mengakibatkan tertinggalnya suatu kewajipan. Manakala jenis sukan yang dianjurkan oleh Islam adalah sukan yang tujuannya membina setiap Muslim untuk menjadi seorang mujahid (ahli jihad) misalnya berkuda, memanah, menembak, merejam lembing, renang, lari, seni mempertahankan diri dan seumpamanya. Sabda Rasulullah SAW,
“Setiap permainan di dunia ini adalah batil kecuali tiga perkara: memanah, menjinakkan kuda dan bermain dengan isteri” [HR al-Hakim]