Demi Glamor Rosmah Sanggup Hina Islam
SHAH ALAM 21 Okt – Dalam usaha merebut perniagaan global dalam bidang fesyen Islam, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor didakwa memperdagangkan agama dan tidak memperdulikan batasan syarak demi mengapai julukan ‘jaguh busana Islam’.
Keadaan ini terserlah apabila beliau sebagai Penaung Festival Busana Muslim menghadiri pertunjukkan fesyen bagi memperagakan pakaian Islam di Monte Carlo, Monaco Ogos lalu bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tetapi bukan nilai budaya kesederhanaan agama yang ditonjolkan tetapi pendedahan aurat yang jengkel dan menjelekkan.
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (Bippa) Parti Keadilan Rakyat, Dr Muhammad Nur Manuty berkata Rosmah terpengaruh dengan pendekatan apologetik apabila berdepan dengan isu pakaian cara Islam.
“Rosmah apologetik apabila cuba memperkenalkan fesyen islam di dunia Barat. Baginya kalau Barat ada fesyen, Islam pun ada fesyennya tersendiri. Justeru itu beliau gagal memahami apa yang dilakukan tanpa merujuk kepada pakar agana dan syariah apakah batasan sesuatu itu sehingga boleh membawa kepada perbuatan menghina Islam.
“Malah dalam usaha hendak mempromosi agendanya Islam di gunakan seweang-wenangnya,” tegas Dr Muhammad ketika dihubungi Suara Keadilan.
Beberapa keping gambar yang diambil semasa pertunjukan fesyen tersebut telah dipaparkan dalam blog dan laman web yang mempamerkan wanita Barat memakai apa yang dianggap busana Islam tetapi tidak langsung mencerminkan keadaaan sebenar.
Malah seorang peragawati memakai gaun panjang yang jarang dengan logo bertulisan Arab di dada dengan nama Nabi Muhammad SAW dalam posisi terbalik.
Pertunjukan fesyen yang dinamakan ‘Islamic Fashion Festival (IFF) Gala Dinner and Fashion Show’ diadakan di Monaco Sporting Club, Monte Carlo pada 10 Ogos lalu yang turut di hadiri Prince Albert II, penguasa Prinsipaliti Monaco.
Sejak dimulakan pada 2006, IFF telah mengadakan pertunjukan di Jakarta, Dubai, Abu Dhabi dan New York dengan memperagakan hasil karya fesyen lebih 200 pereka.
islamic fashion rosmah