Pada hari Jumaat, 13 ogos 2010, kira kira pukul 4.50 petang, hari ke tiga umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah puasa, negeri Melaka dikejutkan oleh suatu kejadian ribut yang kuat yang melanda kawasan bazaar Ramadhan di pekan Jasin yang megakibatkan 3 orang terbunuh akibat di hempap oleh tiang khemah yang di perbuat dari besi dan serpihan besi yang di bawa oleh angin yang luarbiasa kekuatannya itu.
Tragedi Puting Beliung Bazar Ramadhan Jasin, Melaka [3 Ramadhan 2010] - Part 1
Tragedi Puting Beliung Bazar Ramadhan Jasin, Melaka [3 Ramadhan 2010] - Part 2
Tragedi Puting Beliung Bazar Ramadhan Jasin, Melaka [3 Ramadhan 2010] - Part 3
Kejadian mengajar betapa besarnya kuasa Allah, Maha pencipta yang memberikan rezeki dan menurunkan bala diatas kehendakNya. Kita yang masih hidup jangan hanya simpati malah muhasabah diri, atas kesilapan yang berlaku. Puasa penting, solat 5 waktu pun penting. Solat jangan sekali ditinggalkan walaupun kita berlumba-lumba mencari rezeki kerana kita WAJIB YAKIN semua rezeki datangnya dari Allah atas ketentuanNya. Jangan kita leka tugas kita sebagai khalifah di bumi ini. Al-Fatihah kepada 3 orang yang meninggal dalam kejadian ini dan takziah kepada 18 orang yang tercedera. Moga kejadian ini menjadi IKTIBAR dan PENGAJARAN pada kita semua, Amin. -m.s.a.i-