Hasan bin Abdullah Al Awadh - Surah Al-Qiyamah 1 - 40
Resepi Masakan dodol (buatan kampung, N9)
BAHAN-BAHAN ;
Beras pulut yang diproses menjadi tepung = 3.5 kg
Gula melaka = 3.5kg
Gula pasir = 2 kg
pati santan = 7 kg
cara2 memasak , tonton je video nie , hehe
Beras pulut yang diproses menjadi tepung = 3.5 kg
Gula melaka = 3.5kg
Gula pasir = 2 kg
pati santan = 7 kg
cara2 memasak , tonton je video nie , hehe
perang sinai {mesir} 1967-1973
Perang Yom Kippur merupakan sebahagian pertikaian Arab-Israel yang merangkumi banyak pertempuran dan peperangan sejak dari tahun 1948. Dalam Perang Enam Hari pada bulan Jun 1967, Israel telah menduduki Dataran Tinggi Golan di utara serta Semenanjung Sinai di selatan sehingga ke Terusan Suez.
Pada tahun-tahun yang menyusul Perang Enam Hari, Israel mendirikan barisan pertahanan di kedua-dua Sinai (Mesir) dan Dataran Tinggi Golan (Syria). Kemudian pada tahun 1971, ia membelanjakan AS$500 juta untuk mengukuhkan kedudukannya di Terusan Suez dengan serangkaian kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamainya Garis Bar Lev sempena nama jeneral Israel, Haim Bar Lev.
Selepas serangan mengejut yang mengalahkan tentera-tentera Mesir dan Syria pada tahun 1967 dan kemenangannya dalam Perang Pelumpuhan dengan Mesir di selatan yang berlangsung selama tiga tahun bersama-sama beberapa kejadian perbatasan di utara dengan Syria, pimpinan Israel menjadi agak lalai. Bangga dengan rasa keunggulan tentera sendiri, Israel gagal menyedari usaha agresif yang dilakukan oleh musuh-musuhnya, terutamanya Mesir, dalam mempersenjatai dan menyusun semula tentera masing-masing menjadi angkatan-angkatan tentera yang jauh lebih berdisplin yang dapat mencabar angkatan tenteranya IDF (Israel Defense Forces).
Presiden Jamal Abdel Nasser dari Mesir meninggal dunia pada bulan September 1970 dan digantikan oleh Anwar Sadat yang dianggap lebih sederhana dan pragmatik berbanding Nasser. Bagaimanapun, bagi mengimbangi ancaman dalaman kepada kuasanya dan memperkukuh imejnya di kalangan dunia Arab, Sadat bertekad untuk melawan Israel dan memenangi kembali kawasan yang hilang pada tahun 1967. Rancangan menyerang Israel bersama dengan Syria dirujuk sebagai Operasi Badr (bahasa Arab: operasi "bulan penuh").
Pada tahun 1971, Anwar Sadat mengumumkan bahawa sekiranya Israel melakukan pengunduran satu pihak dari semua kawasan yang ditawannya semasa perang tahun 1967, Mesir akan menimbangkan gencatan senjata atau kedamaian sementara yang menyeluruh. Israel keberatan berundur dari sedemikian banyak jajahannya tanpa sebarang jaminan perjanjian damai daripada Mesir dan tanpa peluang untuk mencapai sebarang perjanjian damai dengan jiran-jiran Arabnya ketika itu.
Sebagai balasan pada tahun 1972, Anwar Sadat dengan lantang menyatakan bahawa Mesir akan berperang dengan Israel, malahan mereka bersedia untuk mengorbankan sejuta orang askarnya. Sejak dari akhir tahun 1972, Mesir memulakan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan angkatan tenteranya dan menerima MiG-23, SAM6, RPG-7, khususnya peluru berpandu anti-kereta kebal 'Sagger', daripada Kesatuan Soviet serta memperbaiki taktik-taktik tenteranya.justeru itu pelbagai inisiatif dijalankan,termasuk meninjau kedudukan musuh terlebih dahulu sebelum melakukan serangan.
Oleh itu,tentera mereka bersama-sama melancarkan serangan mengejut pada hari perayaan Yahudi Yom Kippur — tentera Syria menyerang kubu di Dataran Tinggi Golan, manakala tentera Mesir menyerang kubu sekitar Terusan Suez dan Semenanjung Sinai — dan menyebabkan kemusnahan teruk pada tentera Israel.
Semasa peperangan, Briged Berperisai Barak memainkan peranan yang penting untuk mempertahankan sempadan Israel daripada serangan Syria di selatan Dataran Tinggi Golan. 112 orang askar terbunuh ketika bertempur di situ. Tentera udara Mesir dan Syria bersama dengan sistem pertahanan udara(anti pesawat) mereka menembak jatuh 114 buah kapal terbang Israel semasa pertempuran.
Di Mesir dan Syria, Perang Yom Kippur dilihatkan sebagai separuh menang. Garis Bar Lev yang "tidak dapat ditawan" telah ditempuh, pasukan tentera udara Israel mengalami kerugian teruk, dan mitos keunggulan tentera Israel telah dihancurkan di Sinai dan Dataran Tinggi Golan. Akibat campur tangan Henry Kissinger, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Israel terpaksa melepaskan sebahagian takluknya kepada Syria dan Mesir melalui beberapa perjanjian "pengunduran", walaupun keamanan menyeluruh yang dibayangkan oleh gabungan Soviet-Amerika yang menganjurkan Persidangan Keamanan Timur Tengah tidak berlaku.
Pada mulanya sukar, bagi tentera mesir untuk menawan kubu Israel kerana kubunya diselubungi oleh timbunan pasir.Saya mengambil satu contoh mimpi yang benar iaitu mimpi mantan Syeikh al-Azhar sebelum ini,iaitu Syeikh Dr. Abdul Halim Mahmud. Mimpi beliau mengenai bagaimana strategi melawan tentera Israel. Mimpi ini meminta supaya tentera Mesir menyimbah air ke pasir di tempat peperangan. Setelah menyimbah air di atas pasir maka mendaplah pasir dan nampaklah kubu-kubu tentera Israel di bawah padang pasir. Jadi mudahlah tentera Mesir mengalahkan tentera Israel walaupun tentera Israel mempunyai senjata yang canggih.
Menurut anggaran kajian perangkaan Israel, 2,688 orang petugas Israel terbunuh dalam pertempuran tersebut dan ribuan lagi (dianggarkan antara 5,000 - 10,000) tercedera. 295 orang askar Israel menyerah atau ditawan oleh tentera Arab (231 oleh Mesir, 62 oleh Syria, dan 2 di Lebanon) manakala 8,783 orang askar Arab ditawan oleh tentera Israel (8,372 oleh Mesir, 392 oleh Syria, 13 di Iraq, dan 6 di Maghribi). Kedua-dua pihak itu bertukar-tukar orang tawanan pada pertengahan tahun 1974.
Pada 22 Oktober 1974, perjanjian damai diisytiharkan,akan tetapi tentera Israel mencabuli gencatan senjata pada 24 oktober 1974 dan berlaku beberapa peperangan kecil dalam kawasan Bandar Suez. Akibat dari serangan tentera mesir dan syria menyebabkan kepercayaan orang awam Israel telah tergugat kerana Israel jelas tidak tersedia untuk serangan mengejut dan gagal mematahkannya dengan pantas. Ketidaksediaan negara disalahkan pada Menteri Pertahanan Moshe Dayan, dengan orang awam yang marah menuntut beliau meletakkan jawatan.
Presiden Mahkamah Agung menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk menyiasat prestasi jeneralnya semasa berperang, dengan suruhanjaya tersebut kemudian mencadangkan peletakan jawatan Ketua Turus, tetapi tidak membuat sebarang ulasan tentang Moshe Dayan. Walaupun demikian, akhbar dan orang awam masih menyalahkannya. Setelah menghadiri upacara pengebumian askar-askar yang terkorban dan menghadapi keluarga-keluarga yang berkabung yang menggelarnya pembunuh anak mereka, Moshe Dayan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Golda Meir pada tahun yang akhir tahun 1974.
Akibat daripada serangan Israel secara mengejut di Bandar suez, sepertimana yang dinyatakan sebelum ini,mereka menemui kegagalan yang menyebabkan pihak tentera Israel mengambil jalan dengan cara penyelesaian dimana mereka mengadakan ‘pertemuan damai’.
Selepas itu,kedua-dua pihak menjalankan urusan pengebumian tentera masing-masing yang terkorban. Tentera mesir dan rakyatnya meraikan kemenangan dengan kejayaan mereka merampas kembali tanah semananjung Sinai yang di tawan Israel pada tahun 1967.
Maka berlakulah beberapa rentetan peristiwa selepas itu. Wallahu’alam.
PUSAT SUMBER
Tragedi Puting Beliung Bazar Ramadhan Jasin, Melaka [3 Ramadhan 2010]
Pada hari Jumaat, 13 ogos 2010, kira kira pukul 4.50 petang, hari ke tiga umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah puasa, negeri Melaka dikejutkan oleh suatu kejadian ribut yang kuat yang melanda kawasan bazaar Ramadhan di pekan Jasin yang megakibatkan 3 orang terbunuh akibat di hempap oleh tiang khemah yang di perbuat dari besi dan serpihan besi yang di bawa oleh angin yang luarbiasa kekuatannya itu.
Tragedi Puting Beliung Bazar Ramadhan Jasin, Melaka [3 Ramadhan 2010] - Part 1
Tragedi Puting Beliung Bazar Ramadhan Jasin, Melaka [3 Ramadhan 2010] - Part 2
Tragedi Puting Beliung Bazar Ramadhan Jasin, Melaka [3 Ramadhan 2010] - Part 3
Kejadian mengajar betapa besarnya kuasa Allah, Maha pencipta yang memberikan rezeki dan menurunkan bala diatas kehendakNya. Kita yang masih hidup jangan hanya simpati malah muhasabah diri, atas kesilapan yang berlaku. Puasa penting, solat 5 waktu pun penting. Solat jangan sekali ditinggalkan walaupun kita berlumba-lumba mencari rezeki kerana kita WAJIB YAKIN semua rezeki datangnya dari Allah atas ketentuanNya. Jangan kita leka tugas kita sebagai khalifah di bumi ini. Al-Fatihah kepada 3 orang yang meninggal dalam kejadian ini dan takziah kepada 18 orang yang tercedera. Moga kejadian ini menjadi IKTIBAR dan PENGAJARAN pada kita semua, Amin. -m.s.a.i-
Tragedi Puting Beliung Bazar Ramadhan Jasin, Melaka [3 Ramadhan 2010] - Part 1
Tragedi Puting Beliung Bazar Ramadhan Jasin, Melaka [3 Ramadhan 2010] - Part 2
Tragedi Puting Beliung Bazar Ramadhan Jasin, Melaka [3 Ramadhan 2010] - Part 3
Kejadian mengajar betapa besarnya kuasa Allah, Maha pencipta yang memberikan rezeki dan menurunkan bala diatas kehendakNya. Kita yang masih hidup jangan hanya simpati malah muhasabah diri, atas kesilapan yang berlaku. Puasa penting, solat 5 waktu pun penting. Solat jangan sekali ditinggalkan walaupun kita berlumba-lumba mencari rezeki kerana kita WAJIB YAKIN semua rezeki datangnya dari Allah atas ketentuanNya. Jangan kita leka tugas kita sebagai khalifah di bumi ini. Al-Fatihah kepada 3 orang yang meninggal dalam kejadian ini dan takziah kepada 18 orang yang tercedera. Moga kejadian ini menjadi IKTIBAR dan PENGAJARAN pada kita semua, Amin. -m.s.a.i-
Ustaz Ismail Kamus - Ikhlas Dalam Amalan
Ustaz Ismail Kamus - Ikhlas Dalam Amalan
Ustaz Ismail Kamus - isra' mikraj
Ustaz Ismail Kamus - isra' mikraj
Ustaz Nasaruddin Tantawi - Sifat Seorang Pejuang
Ustaz Nasaruddin Tantawi - Sifat Seorang Pejuang P1
Ustaz Nasaruddin Tantawi - Sifat Seorang Pejuang P2
Ustaz Nasaruddin Tantawi - Sifat Seorang Pejuang P2
Tuan guru nik Aziz - Biografi tok guru
Tuan guru nik Aziz - Biografi tok guru P1
Tuan guru nik Aziz - Biografi tok guru P2
Tuan guru nik Aziz - Biografi tok guru P2
Tuan guru nik Aziz - Bicara Tasauf
Tuan guru nik Aziz - Bicara Tasauf P1
Tuan guru nik Aziz - Bicara Tasauf P2
Tuan guru nik Aziz - Bicara Tasauf P3
Tuan guru nik Aziz - Bicara Tasauf P2
Tuan guru nik Aziz - Bicara Tasauf P3
Tuan Guru nik aziz - Ceramah Umum -09 feb 07
Tuan Guru nik aziz - Ceramah Umum -09 feb 07
Tuan Guru nik aziz - Ceramah Khas - 29 feb 08
Tuan Guru nik aziz - Ceramah Khas - 29 feb 08
Ustaz Samsuri Hj Ahmad - Benci Kepada Kezaliman
Ustaz Samsuri Hj Ahmad - Benci Kepada Kezaliman p1
Ustaz Samsuri Hj Ahmad - Benci Kepada Kezaliman p2
Ustaz Samsuri Hj Ahmad - Benci Kepada Kezaliman p2
Ustaz Samsuri Hj Ahmad - menantu raja
Ustaz Samsuri Hj Ahmad - menantu raja p1
Ustaz Samsuri Hj Ahmad - menantu raja p2
Ustaz Samsuri Hj Ahmad - menantu raja p2
Ustaz Azhar Idrus - Murid Iblis Israk Mikraj
Ustaz Azhar Idrus - Murid Iblis Israk Mikraj p1
Ustaz Azhar Idrus - Murid Iblis Israk Mikraj p2
Ustaz Azhar Idrus - Murid Iblis Israk Mikraj p2
Ustaz Azhar Idrus - Cahaya Mazhab
Ustaz Azhar Idrus - Cahaya Mazhab p1
Ustaz Azhar Idrus - Cahaya Mazhab p2
Ustaz Azhar Idrus - Cahaya Mazhab p2
Ustaz Azhar Idrus - Ust Cendol-Kitab Badayatul Hidayah 12
Ustaz Azhar Idrus - Ust Cendol-Kitab Badayatul Hidayah 12
Ustaz Azhar Idrus - Pintu Taubat
Ustaz Azhar Idrus - Pintu Taubat p1
Ustaz Azhar Idrus - Pintu Taubat p2
Ustaz Azhar Idrus - Pintu Taubat p2
Ustaz Azhar Idrus - Kitab Mawaizul Badi'ah Siri 34
Ustaz Azhar Idrus - Kitab Mawaizul Badi'ah Siri 34
SIDANG DUN PERAK - VIDEO 3 OGOS 2010
Sidang dalam gua berjaya di seludup juga. Telatah orang tak bertamadun Zamry dilihat seluruh dunia. Walaupun kerajaan Haram cuma menyembunyikan apa yang terjadi dalam gua Bangunan SUK Perak, ia gagal juga.
Putaq alam Zamry dalam media umNO gagal menutup kebenaran apabila banyak kebocoran diseludup keluar. Rakyat yang menilai dengan akal akan tahu mengapa sidang yang membincangkan tambahan wang rakyat sebanyak 80 juta itu disembunyikan dari pengetahuan awam. Ia perbuatan tidak bertamadun Zamry dan kerajaan haramnya.
by ; update-SIDANG DUN PERAK- ZAMRY BACUL. VIDEO 3 OGOS 2010
Ustaz Azhar Idrus - Cahaya Al-Kahfi
Ustaz Azhar Idrus - Cahaya Al-Kahfi p1
Ustaz Azhar Idrus - Cahaya Al-Kahfi p2
Ustaz Azhar Idrus - Cahaya Al-Kahfi p2
Ustaz Azhar Idrus - Bidan Kampong
Ustaz Azhar Idrus - Bidan Kampong p1
Ustaz Azhar Idrus - Bidan Kampong p2
Ustaz Azhar Idrus - Bidan Kampong p2
Sholahuddin al-Ayubi Part 00 - 01 - 02 - 03
Sholahuddin al-Ayubi Part 04 - 05 - 06
Sholahuddin al-Ayubi Part 07 - 08 - 09
Sholahuddin al-Ayubi Part 10 - 11 - 12
Sholahuddin al-Ayubi Part 13 - 14 - 15
Sholahuddin al-Ayubi Part 16 - 17 - 18
Sholahuddin al-Ayubi Part 19 - 20 - 21
Sholahuddin al-Ayubi Part 22 - 23 - 24
Sholahuddin al-Ayubi Part 25 - 26 - 27
Sholahuddin al-Ayubi Part 28 - 29 - 30
DR AZIZ HANAFI VS DR ASRI
DR AZIZ HANAFI VS DR ASRI 1
DR AZIZ HANAFI VS DR ASRI 2
DR AZIZ HANAFI VS DR ASRI 3
DR AZIZ HANAFI VS DR ASRI 4
DR AZIZ HANAFI VS DR ASRI 5
DR AZIZ HANAFI VS DR ASRI 2
DR AZIZ HANAFI VS DR ASRI 3
DR AZIZ HANAFI VS DR ASRI 4
DR AZIZ HANAFI VS DR ASRI 5
Subscribe to:
Posts (Atom)